Apa Jadi Kalau Gaji Kau Berhenti Masuk 3 Bulan?
Aku pernah TERFIKIR satu soalan yang agak MENAKUTKAN! Ceritanya macam ni.. Minggu lepas masa isi minyak, aku termenung sekejap. Bukan sebab minyak naik. Bukan sebab dompet hilang. Tapi sebab aku terfikir satu soalan yang agak menakutkan. Kalau bulan depan gaji aku tak masuk... Apa jadi? Aku cuba kira dalam kepala. Sewa rumah masih berjalan. Kereta masih berjalan. Bil internet masih berjalan. Komitmen keluarga masih berjalan. Yang tak berjalan cuma satu. GAJI! Aku rasa ramai orang tak suka fikir benda ni. Sebab ia menakutkan... Sumpah tak main-main.. Lebih mudah untuk anggap yang semuanya akan okay... Betul tak? Tapi realitinya... Ramai orang pernah melalui situasi yang mereka sendiri tak pernah jangka... Cukuplah pengalaman semasa zaman Covid19 yang lepas.. Dibuang kerja. Syarikat downsizing. Sakit. Kecemasan keluarga. Cuti tanpa gaji. Dan bila perkara itu berlaku... Kita baru sedar betapa bergantungnya hidup kita kepada satu nombor yang masuk setiap hujung bulan... Confirm rasa dunia ...