Apa Jadi Kalau Gaji Kau Berhenti Masuk 3 Bulan?
Aku pernah TERFIKIR satu soalan yang agak MENAKUTKAN!
Bukan sebab minyak naik.
Bukan sebab dompet hilang.
Tapi sebab aku terfikir satu soalan yang agak menakutkan.
Kalau bulan depan gaji aku tak masuk...
Apa jadi?
Aku cuba kira dalam kepala.
- Sewa rumah masih berjalan.
- Kereta masih berjalan.
- Bil internet masih berjalan.
- Komitmen keluarga masih berjalan.
Yang tak berjalan cuma satu.
GAJI!
Aku rasa ramai orang tak suka fikir benda ni.
Sebab ia menakutkan... Sumpah tak main-main.. Lebih mudah untuk anggap yang semuanya akan okay... Betul tak?
Tapi realitinya...
Ramai orang pernah melalui situasi yang mereka sendiri tak pernah jangka... Cukuplah pengalaman semasa zaman Covid19 yang lepas..
- Dibuang kerja.
- Syarikat downsizing.
- Sakit.
- Kecemasan keluarga.
- Cuti tanpa gaji.
Dan bila perkara itu berlaku...
Kita baru sedar betapa bergantungnya hidup kita kepada satu nombor yang masuk setiap hujung bulan... Confirm rasa dunia ni gelap sekejap...
Aku pernah berbual dengan seorang kenalan.
Bukan orang kaya... Bukan usahawan berjaya pun.. Orang biasa jer, macam kau macam aku...
Kerja 9-5.
Ada komitmen.
Ada keluarga.
Tapi ada satu benda yang buatkan aku kagum dengan dia... Bila bercakap jer pasal duit, dia nampak tenang.
Sampai satu masa, aku tak tahan lagi.. Aku sendiri terus tanya...
"Macam mana kau boleh relax?"
Jawapan dia ringkas.
"Aku tak bergantung pada satu sumber je."
Terdiam aku sekejap.
Malam tu aku balik dan fikir lama sikit..
Aku start sedar selama ni aku memang terlalu fokus mencari duit... Masuk kerja, balik kerja... Hujung bulan gaji pulak masuk..
Tapi aku tak pernah sedikit pun fokus MEMBINA PILIHAN... Pilihan yang mana aku bebas untuk berehat, bercuti atau resign kerja tanpa perlu fikir mana nak dapat pendapatan...
Ye, ini impian semua orang termasuk aku sendiri..
Ada beza besar antara dua benda tu.
Cari duit untuk buat kita survive, dengan
Bina pilihan untuk buat kita bernafas.
Dan akhirnya aku buat satu keputusan besar...
Sebab tu sekarang aku mula perlahan-lahan belajar benda yang dulu aku tak pernah ambil serius.
- Menulis blog.
- Membina content.
- Belajar affiliate.
- Belajar model pendapatan berulang.
- Event slowly buat YouTube video
Bukan sebab aku nak jadi jutawan bulan depan.. Bukan sebab nak jadi orang kaya express.. Tapi sebab aku tak suka hidup aku bergantung dengan satu sumber sahaja.
Aku tak tahu apa akan jadi 5 tahun dari sekarang.
Tapi aku tahu & pasti dengan satu perkara... Kalau aku boleh bina satu lagi sumber pendapatan berulang, walaupun kecil...
Sekurang-kurangnya aku ada pilihan... Dan pilihan itu lebih berharga daripada jumlah duit itu sendiri...
Kau rasa macam mana?
Baru-baru ni aku jumpa satu perkongsian yang banyak membuka cara fikir aku tentang konsep pendapatan kedua dan income berulang...
Tak sangka banyak benda yang selama ni aku tak nampak...
Kalau kau sendiri pernah terfikir:
"Macam mana kalau satu hari nanti gaji aku terhenti?"
Mungkin perkongsian ni boleh beri perspektif yang sama dekat kau..
Semoga bermanfaat!

Ulasan
Catat Ulasan