Orang Biasa Fokus Jualan, Orang Bijak Fokus Sistem
Aku masih ingat masa mula-mula cari side income dulu..
Macam kebanyakan orang lain jugak.. Bila aku rasa duit terasa sempit... Aku terus fikir satu benda jer..
"Aku kena cari lebih banyak pelanggan."
- Kalau jual satu produk, aku cari lagi pelanggan.
- Kalau buat affiliate, aku cari lagi trafik.
- Kalau buat content, aku cari lagi view.
Pendek kata, setiap kali income menurun... Solusi yang bermain dalam kepala aku cuma satu jer..
Cari lagi.
Cari lagi.
Cari lagi.
Sampailah satu masa, aku penat gilerr.
Bukan sebab kerja susah.
Tapi sebab aku rasa macam hamster dalam roda.. Lari setiap hari.. Tapi tetap berada di tempat yang sama... Langsung takde perubahan!
Satu hari aku duduk minum kopi sambil tengok bil bulanan.
- Bil internet.
- Bil telefon.
- Netflix.
- Spotify.
Macam biasa aku belek satu-satu... Tiba-tiba jer aku terfikir sesuatu tau..
"Pelik juga... Aku yang bayar semua ni setiap bulan.. Dan berjuta-juta orang lain pun buat benda yang sama."
- Tak ada siapa paksa.
- Tak ada siapa call setiap bulan suruh renew.
- Tapi kita tetap bayar.
Persoalannya, KENAPA?
Jawapannya simple jer! Sebab benda tu dah jadi sebahagian daripada kehidupan... Ada yang dah anggap tu sebagai keperluan, memang wajib untuk ada setiap bulan!
Masa itulah aku mula nampak satu perbezaan besar.
Ramai orang biasa fokus kepada jualan... Tetapi syarikat besar fokus kepada sistem.. Mereka tak bangun pagi dan berharap:
"Hari ni harap-haraplah ada pelanggan baru."
Sebaliknya mereka bina sistem yang membuatkan pelanggan terus kekal menggunakan servis mereka.
Sebab itu mereka boleh berkembang walaupun pemilik syarikat sedang tidur...
Aku mula bertanya dekat diri sendiri.
Selama ni kan...
Adakah aku terlalu fokus pada jualan?
Atau aku sebenarnya patut belajar membina sistem?
Soalan itu betul-betul mengubah cara aku melihat side hustle, sampai sekarang..
Sebelum ini aku fikir: Lebih banyak kerja = lebih banyak duit... Hari ini aku mula nampak perkara berbeza..
Lebih baik bina satu sistem kecil yang bekerja untuk kita setiap hari... Daripada mengejar jualan baru tanpa henti.
Sebab itu sekarang aku mula suka benda-benda seperti:
- menulis artikel,
- membina blog,
- menghasilkan content,
- mengumpul database,
- dan memahami model pendapatan berulang.
Bukan sebab nak cepat kaya.
Bukan sebab nak berhenti kerja esok.
Tetapi sebab aku mahu ada lebih banyak pilihan pada masa depan.
Aku percaya ramai orang sebenarnya tidak perlukan 10 side hustle.
Mereka cuma perlukan satu sistem yang masuk akal... Satu sistem yang boleh dibina sedikit demi sedikit... Satu sistem yang tidak memerlukan mereka bermula dari kosong setiap kali masuk bulan baru.
Dan itulah perjalanan yang aku sedang belajar sekarang.
Kalau kau pun sedang mencari cara untuk membina pendapatan kedua tanpa mengganggu kerja hakiki, mungkin konsep ini boleh membuka perspektif baru kepada kau.
Aku tinggalkan satu perkongsian percuma yang mula membuka mata aku tentang model ini.
Semoga bermanfaat!

Ulasan
Catat Ulasan