RECURRING Pasif Income: Cara Bina Pendapatan Yang Masuk Setiap Bulan Tanpa Perlu Bermula Dari Kosong
KUMPUL Sini Kalau Kau Rasa Penat Kejar Jualan Setiap Bulan... Baru jer capai target bulan ini, bulan depan kena mula semula dari SIFAR.. LOL! Cari pelanggan baru. Buat content baru. Promosi lagi.. Sebab itu ramai usahawan online mula memberi perhatian kepada satu konsep yang dipanggil RECURRING INCOME. 1. Apa Itu Recurring Income? Secara mudahnya, recurring income ialah pendapatan yang diterima secara berulang daripada pelanggan yang sama. Contohnya: Bil telefon bulanan Langganan Netflix Canva Pro Hosting website Membership komuniti Software berbayar Pelanggan membayar setiap bulan atau setiap tahun untuk terus menggunakan sesuatu servis... Berbeza dengan jualan biasa yang hanya dibayar sekali.. Inilah sebab ramai syarikat besar suka model subscription-based kerana pendapatan lebih stabil dan boleh dijangka.. 2. Kenapa Ramai Suka Model Subscription? Bayangkan jer kau ada 100 pelanggan.. Setiap seorang pelanggan membayar RM30 sebulan. Itu bersamaan RM3,000 sebulan sebelum kau m...