Ini PENGERAS Untuk Tingkatkan Conversion Sales.. UP-SELLING & DOWN-SELLING!
Dalam bisnes, cuba amalkan konsep WIN-WIN SITUATION..
Kita ada produk, pelanggan ada duit.. Bila nak jual, kita patut pastikan produk yang dijual tu sama setimpal dengan harga yang ditawarkan..
Kalau beri harga tinggi secara tiba-tiba kepada pelanggan, benda ni kurang praktikal & takkan berkesan kalau mereka tak nampak langsung manfaat produk anda untuk mereka.
So, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan tips nak jual PRODUK HARGA TINGGI sekaligus generate lebih banyak profit untuk anda.
Teknik pertama: UP-SELLING
Teknik ini sangat biasa sangat otai-otai guna masa nak menjual produk digital. UP-SELLING ni trik simple jer tapi powerful untuk tambah value & tambah profit jualan.
Contoh paling mudah masa nak masuk pawagam. Sebelum masuk, anda mungkin akan beli popcorn dulu kan.
Katakan jelah popcorn tu harga RM7.99. Masa nak bayar ni, tiba-tiba seller tu bagi One Time Offer kepada anda iaitu dengan hanya tambah RM1.00 anda akan dapat FREE 1 botol air coke.
Dalam kes ni, air coke tu adalah alat untuk MENAIKKAN VALUE popcorn tadi. Lengkaplah anda beli sesuatu untuk dikunyah & diminum.
Contoh kedua pula adalah seperti berikut...
Anda nak beli tudung online. Harga tudung tu ialah RM27. Masa nak buat bayaran ni, sekali lagi anda diberikan One Time Offer iaitu dengan hanya tambah serendah RM5 jer, anda dapat FREEGIFT satu anak tudung & sebentuk kerongsang bernilai RM20...
Tapi, TAK SEMUA PRODUK boleh jadi upsell value untuk produk utama!
Nak pastikan teknik ni berjaya, anda perlu tawarkan 1 produk yang berkaitan dengan produk utama anda & dalam masa yang sama boleh beri benefit pada pelanggan!
Lihat contoh UP-SELL yang ada pada produk ini, klik sekarang>>>
Teknik kedua: DOWN SELLING
Teknik UPSELLING tadi fokus kepada pelanggan yang nak BUAT BAYARAN!
Sedangkan untuk teknik DOWNSELLING ni, fokus adalah kepada pelawat yang nak keluar dari website atau kedai.
Contoh mudah ialah masa anda melawat satu website yang menjual produk kecantikan dengan HARGA PREMIUM. Lepas baca semua penerangan anda pun buat keputusan untuk keluar daripada website tu sebab masih BELUM TRUST & masih tak mampu beli!
Masa macam inilah satu popup message akan muncul & beri tawaran seperti berikut, "Ingin merasai sendiri kehebatan produk ini? Dapatkan Pakej Basic product XXXX-XX ini dengan serendah RM15 sahaja. Klik sekarang!"
DOWNSELLING adalah teknik untuk buatkan prospek tu datang semula & beli produk utama.
Teknik ini juga digunakan sebagai satu cara menghantar sebarang bentuk promosi kepada anda supaya akhirnya anda membeli produk daripada mereka.
Dua teknik ini memang sangat simple tapi powerfull untuk meningkatkan jualan & CONVERSION RATE atau CLOSING RATE.
Jika belum praktikkan teknik ini, jom mulakan langkah pertama anda sekarang!
Sekian, semoga bermanfaat! 😀
Ulasan
Catat Ulasan