PKPB Dilanjutkan ! Ramai Orang Telah Mula Melakukan Tiga (3) Perkara Ini !


SINAR PM: 600,000 hilang kerja sebab PKP
Bertindak sekarang sementara masih ada kesempatan !


Soalan pertama:

Sejauh mana virus Covid-19 ini membahayakan keselamatan & kesihatan diri kita !

Soalan kedua:

Sejauh mana perkembangan kita sepanjang PKP berlangsung ?

Soalan ketiga:

Sejauh mana anda terkesan dengan PKP ?

Soalan keempat:

Sudahkah anda menyediakan plan tindakan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini ?

Soalan kelima:

Bersediakah anda andai PKPB terus dilanjutkan, sementara sektor pekerjaan anda tidak dapat dibuka ?



Banyak soalan-soalan & kerisauan yang mula disuarakan semenjak PKP berlangsung selama lebih kurang 3 bulan ini.

Antara yang paling banyak terkesan adalah sektor ekonomi yang mula terbantut disebabkan kuasa pembeli semakin berkurang.

Menyedari hal itu, kerajaan Pakatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-8 YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah melancarkan beberapa siri bantuan termasuklah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih !

Baru-baru ini PM-8 juga telah memberikan ucapan sempena Perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu merancakkan semula ekonomi rakyat Malaysia. Dan ini adalah tindakan kerajaan yang patut dipuji oleh kita semua.


Persoalannya, sudahkah anda melakukan tindakan untuk membantu diri sendiri ?

Gaji tak dibayar... diberhentikan kerja dalam tempoh PKP? Ketahui ...

Menyedari hal yang sedemikian, ramai rakyat Malaysia mula berubah angin untuk melangsungkan kehidupan masing-masing. Ada di antara mereka yang mula menyimpan wang dengan mengurangkan kos perbelanjaan sampingan & mengutamakan yang penting dahulu.

Ada juga yang berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan dengan menyediakan bajet keperluan rumah bulanan, ada yang menyediakan bajet harian dan bermacam-macam lagi idea yang boleh digunakan oleh kita semua.

Namun itu semua tidak memberikan pulangan atau keuntungan jangka masa panjang terhadap kita.


Justeru, ramai dalam kalangan kita telah mula melakukan 3 perkara ini untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten sepanjang PKP & secara jangka masa yang panjang.

Bagi anda yang masih tak tahu apa yang perlu dilakukan, saya berharap anda akan dapat sesuatu selepas membaca artikel ini.


1. Mula melabur & menyimpan aset EMAS

Rakyat Malaysia ramai yang kaya orangnya. Tidak kurang juga dengan orang yang mempunyai kesederhanaan dalam kehidupan mereka.

Bagi yang kaya, membeli aset penting seperti rumah, lot kedai dan tanah tidak menjadi masalah.

Apabila datang kepada golongan berpendapatan sederhana, semua aset itu hampir mustahil untuk diperolehi.

Di luar sana ada banyak platform pelaburan yang dijamin & selamat untuk kita laburkan duit antaranya adalah ASB, Unit Trust & saham.

Tetapi, jika anda ingin mencari sesuatu yang bakal memanfaatkan anda dalam jangka masa yang panjang maka sertailah pelaburan EMAS FIZIKAL.

Di luar sana ada banyak pelaburan bertopengkan emas, maka berhati-hati ketika anda memilih platform yang sesuai.

Setakat ini, saya boleh cadangkan dua platform yang dipercayai dalam SIMPANAN PELABURAN EMAS FIZIKAL di Malaysia iaitu PublicGOLD & HelloGOLD.

Kedua-dua syarikat ini mempunyai reputasi yang baik & kedua-duanya diiktiraf oleh Syarikat Amanie Advisor Sdn Bhd sebagai pelaburan yang PATUH SYARIAH.
clients-slide-4

Kedua-dua jenis pelaburan emas ini mempunyai kesamaan yang hampir dalam beberapa aspek. Tetapi  ciri utama yang membezakan keduanya ialah dari segi modal minimum pelaburan emas yang boleh dilaburkan.

Bagi PublicGOLD, anda hanya perlu mengeluarkan modal serendah RM100 bagi membeli emas & seterusnya membuka akaun.

Jika anda berminat untuk memulakan simpanan pelaburan emas di PublicGOLD, boleh follow mana-mana dealer PublicGOLD yang ada di tempat anda.

Sekiranya tiada, anda boleh hubungi saya di sini & saya akan bantu untuk berurusan dengan dealer yang saya kenal.


Untuk HelloGOLD pula, anda dibolehkan melabur dengan modal serendah RM1, RM20, RM50 & RM100. Selain itu, anda akan diberikan rebat sebanyak RM5 bagi pembelian emas serendah RM50 pada pendaftaran kali pertama sahaja.
(Rebat diskaun hanya sah sehingga 30 hari selepas anda melakukan pendaftaran)

Untuk mendaftar akaun di HelloGOLD, anda boleh lakukan beberapa langkah mudah sahaja dengan cara download & install apps mereka di sini >>>


2. Mula menjana side income dari rumah

Ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang ini untuk keluar dari zon keselesaan & menceburi bidang bisnes online. 

Banyak platform yang menyediakan ruang & peluang untuk anda berbuat demikian. Dengan menggunakan cara & teknik yang betul, inshaAllah anda akan dapat capai apa yang diimpikan.

Bila berbincang tentang bisnes online, raaaaamai orang yang berminat untuk melakukan bisnes dropshipping kerana konsep yang lebih mudah, santai di rumah & tak perlu uruskan hal penghantaran barang & stok barang.

Tetapi, yang menjadi faktor dropship semakin kurang diminati adalah disebabkan komisyen jualan yang sedikit rendah.

Disebabkan itu ramai orang mula mengintai pasaran antarabangsa bagi menjana income dalam USD pula. Yelah, duit USD tu kita darabkan dengan 4.4(ketika artikel ini ditulis) dapatlah nilai matawang ringgit Malaysia.

Untuk menembusi pasaran antarabangsa, kita perlu tahu 3 perkara:
1. Produk untuk dijual
2. Kos shipping
3. Mark-up komisyen

Dan kesemua itu dapat dipenuhi dengan melakukan teknik dropshipping, iaitu dengan cara menjual produk orang lain ke pasaran antarabangsa.

Untuk dapatkan penerangan lebih lanjut, anda boleh refer casestudy yang kawan saya sediakan di sini >>>

Ada juga segelintir rakan-rakan yang kurang yakin apabila melibatkan pasaran luar negara, maka saya cadangkan anda baca info tentang AUTO-SHOPEE yang disediakan oleh saudara BaniNon.

Auto-Shopee ialah panduan yang menerangkan kepada anda bagaimana melakukan jualan secara AUTOMATIK dalam kedai shopee. Panduan ini saya sarankan kepada surirumah yang sibuk menguruskan anak-anak & siapa-siapa sahaja yang ingin menjana side income tetapi mempunyai masa yang terhad.



3. Daftar sebagai ajen affiliate

Disebabkan pergerakan yang terbatas sepanjang tempoh perintah kawalan ini, maka hampir kesemua aktiviti luar rumah perlu dihadkan.

Tetapi aktiviti online tetap berjalan seperti biasa walaupun di dalam rumah.

Mengambil kesempatan ini ramai yang mula mempromosikan produk jualan mereka secara online.

Konsep affiliate tidak jauh dengan dropshipping. Yang berbeza hanyalah produk yang dijual oleh affiliate adalah produk digital dengan nilai komisyen 50% per jualan.

Panduan Auto-Shopee juga membuka peluang menjadi affiliate mereka kepada semua pembeli produk Auto-Shopee.

Bermakna, dengan membeli panduan ini sahaja anda akan mendapat DUA jenis income, iaitu income meniaga di shopee & income sebagai ajen affiliate.

Permintaan terhadap produk affiliate ini semakin memuncak pada waktu sekarang & ianya tidak hanya berlaku dalam Malaysia, bahkan seluruh dunia mempunyai demand yang tinggi terhadap produk affiliate seperti ebook & video panduan.

......................

Dalam artikel selepas ini saya akan kongsikan beberapa platform online affiliate yang boleh anda join & mula menjana income yang lumayan walau duduk di rumah.

Itu sahaja penerangan saya untuk kali ini.

Saya berharap agar warga pembaca dapat manfaat & sesuatu.

Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share kat kawan-kawan yang lain.

Sekian :)

Jangan lupa like & follow FB Page kami:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 Jenis Prospek & Tips Tulis Copywriting Tepat (Cold, Warm, Hot)

RECURRING Pasif Income: Cara Bina Pendapatan Yang Masuk Setiap Bulan Tanpa Perlu Bermula Dari Kosong

5 Aset Digital Bantu Kau Jana PENDAPATAN BERULANG Tanpa Ganggu Kerja Hakiki!