Nak Join Affiliate ? Tunggu Sehingga Anda Habis Membaca 5 Perkara Ini !
Masihkah relevan bisnes ini di Tahun 2020 ?
Saya perasan kebelakangan ini bisnes online semakin rancak diperkatakan. Tidak kurang juga dengan bilangan ahli yang semakin ramai menceburi bidang ini.
Saya tidak hairan jika trend ini akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Kerana bisnes online merupakan sesuatu yang baik & boleh dilakukan oleh semua orang walau hanya duduk di rumah.
Apabila bercerita tentang bisnes online, ada dua jenis yang singgah dalam kepala otak saya yang kecil ini.
Iaitu, bisnes online berasaskan dropshipping & affiliate.
Kedua-dua bisnes ini mempunyai banyak persamaan dalam segenap aspek & sebenarnya tidak lari jauh pun beza antara dua teknik ini.
Cumanya, perbezaan yang paling ketara untuk teknik-teknik ini ialah pada produk jualan mereka.
Teknik dropshipping biasanya menjual produk berasaskan fizikal, yang boleh disentuh & memerlukan penghantaran dibuat sama ada melalui kurier atau COD.
Manakala jualan untuk teknik affiliate pulak ialah produk digital seperti ebook, video panduan & software.
Pada kali ini, saya akan mengajak anda semua untuk mengenali apa itu bisnes yang menggunakan teknik affiliate.
Pada yang bercita-cita untuk menjadi ajen affiliate, artikel ini adalah untuk anda.
Seperti yang saya ceritakan tadi, affiliate merupakan bisnes yang menjual produk digital dan disebabkan itu affiliate mempunyai beberapa kelebihan ke atas teknik dropshipping.
Sebelum anda mula menjana income dalam affiliate, mari ambil tahu 5 Kelebihan Sebagai Affiliate terlebih dahulu !
1. Tiada yuran pendaftaran dikenakan
Banyak platform affiliate yang menawarkan anda semua menjadi ajen mereka tanpa perlu membayar sebarang yuran pendaftaran.
Sebaliknya, anda yang akan dibayar apabila berjaya membuat sebarang jualan.
Ada beberapa program affiliate yang hanya membuka tawaran menjadi ajen kepada pembeli-pembeli produk mereka.
Ada juga program yang membuka tawaran menjadi ajen pada waktu Contest Affiliate berlangsung.
Walau apapun cara yang anda gunakan untuk join sesuatu program, itu adalah pilihan anda.
Sebagai permulaan, anda boleh mendaftar sebagai ajen affiliate di OrderSini.com terlebih dahulu.
Terdapat banyak pilihan produk yang boleh anda promosikan.
2. Tak perlu kos penghantaran
Masih ingat tak saya cakap tadi affiliate ni lebih fokus kepada jualan produk digital ?
Haaa. Disebabkan itulah kos penghantaran tidak diperlukan.
Bila semua dah digital, pembeli akan diberikan maklumat berkaitan akses ataupun link untuk download produk mereka dalam email masing-masing.
Jadi, anda dah tak perlu pening-pening fikirkan masalah nak update tracking ID apa semua.
3. Komisyen tinggi sehingga 70%
Kebiasaannya, normal komisyen dalam affiliate adalah 50% daripada setiap jualan yang berlaku.
Kalau anda berjaya menjual produk bernilai RM100, maka komisyen anda ialah RM50. Banyak ke tak banyak ?
Namun, ada juga program affiliate yang menawarkan komisyen sehingga 70% kepada ahlinya. Dan kebiasaannya mereka yang memperolehi komisyen 70% ini adalah ajen yang mempunyai rekod jualan yang baik & sudah mencapai beberapa target sales tertentu menyebabkan mereka berjaya unlock the next income level.
Selain itu, banyak kos yang tidak diperlukan seperti kos penghantaran telah mengurangkan kos modal yang ditanggung oleh pemilik produk digital seterusnya membolehkan mereka memberi komisyen yang tinggi kepada ajen affiliate.
4. Semua proses adalah AUTOMATIK
Sesuatu yang amat menarik tentang affiliate ialah hampir keseluruhan proses yang berlaku adalah automatik.
Bermula dari proses penerangan produk, info berkaitan, FAQs, harga, kegunaan bahkan close sale pun adalah automatik.
Ini kerana setiap produk affiliate mempunyai web jualan tersendiri yang bertindak menggantikan anda dalam melakukan proses close sale.
Satu-satunya perkara manual yang dilakukan oleh anda ialah membawa trafik atau potential customer untuk melihat web jualan tersebut.
Ini adalah tugas anda untuk membuat promosi berkaitan produk affiliate.
Sekiranya terdapat jualan yang berlaku, sistem akan mengesan nama anda / no. ID & seterusnya membayar komisyen pada setiap minggu.
Bahkan setelah customer membuat tempahan & bayaran, mereka akan diberi akses kepada ruangan download melalui email. Dan sekali lagi, ini adalah AUTOMATIK !
5. Semua material promosi sudah disediakan
Akan ada masa di mana sebuah contest affiliate dilakukan. Pada masa ini, pemilik produk akan membuka peluang menjadi ajen mereka & diberikan penerangan berkaitan contest melalui satu web khas yang dikenali sebagai JV pages.
Di dalam JV pages ini sudah disediakan penerangan ringkas tentang produk yang bakal dilancarkan, hadiah-hadiah menarik bagi senarai pencapai contest, copywriting untuk promosi melalui media sosial, koleksi email follow-up bagi mereka yang mempunyai autoresponder sendiri, dan support yang diberikan.
Dengan semua kelengkapan yang sudah disiapkan, bisnes affiliate menjadi salah satu cabang perniagaan online yang evergreen & masih relevan sehingga ke hari ini.
Sekarang ini, ramai orang telah mula mendaftar sebagai ajen affiliate bagi merebut peluang jana income yang ada di depan mata.
Justeru saya mencadangkan kepada anda untuk turut menyertai satu program affiliate bermula hari ini & raih komisyen sekarang juga !
Begitulah 5 kelebihan yang anda akan dapat sebagai seorang ajen affiliate.
Ada banyak lagi kelebihan sebenarnya, tapi cukuplah sekadar itu bagi memberikan sedikit penjelasan kepada anda.
Semoga apa yang saya sampaikan pada hari ini dapat memberi manfaat kepada anda yang setia membaca :)
Sekian.
Jangan lupa follow FB page kami.

Ulasan
Catat Ulasan