Jangan Terpedaya ! Ini 5 Tips Membongkar Skim Pelaburan TIPU di Malaysia.
Awas ! Jangan sampai yang dilabur menjadi lebur.
Satu perkara yang saya sangat bangga sebagai rakyat Malaysia adalah, kita ini sangat cepat & pantas.
Bukan sahaja pantas dalam membuat kebaikan, bahkan sangat hebat mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Di tengah-tengah arus pemulihan ekonomi negara ini, muncul beberapa platform pelaburan yang menjanjikan bulan bintang kepada ahli-ahli mereka.
Disebabkan scammer sekarang sangat cekap dalam melakukan pekerjaan, jadi tidak hairanlah jika ramai yang terjebak dengan perangkap mereka.
Maka yang kasihan adalah orang yang menjadi mangsa penipuan SKIM CEPAT LEBUR ini.
Jika anda mempunyai keinginan untuk menyertai mana-mana program pelaburan yang muncul dalam FB anda, saya sarankan berhenti sejenak & cuba fahamkan tips yang saya akan kongsikan ini.
Banyak skim pelaburan yang berasakan penipuan terjadi di Malaysia, bahkan sehingga sekarang ia masih berlaku.
Jadi untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa "peleburan duit" yang seterusnya, baca artikel ini sehingga habis.
Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan kepada anda 5 Tips bagaimana untuk mengenal pasti skim penipuan yang berasaskan pelaburan.
1. Tidak mempunyai lesen yang sah daripada BNM
Sebenarnya nak kutip duit orang ni bukan boleh buat suka-suka, anda perlu mendapatkan kebenaran ataupun lesen daripada pihak Bank Negara Malaysia.
Tindakan menerima deposit tanpa lesen daripada BNM adalah DILARANG sama sekali mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
Walaupun begitu, scammer tetap boleh mendapatkan wang dengan menggunakan lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengaburkan orang ramai.
Jadi, jika anda berasa ragu-ragu dengan status pelaburan yang ditunjukkan kepada anda, boleh terus nyatakan masalah tersebut melalui email BNM.
Pihak BNM akan memeriksa status platform pelaburan tersebut & akan memaklumkan anda secepat mungkin.
Jelas point pertama ?
2. Menjanjikan bulan bintang & untung yang sangat besar
Too good to be true, tapi itulah hakikatnya sesebuah pelaburan yang berasakan penipuan.
Ada pelaburan yang menjanjikan untung 100% dalam masa tak sampai seminggu, ada juga yang menjanjikan untung ribu riban dengan bermodalkan puluh ringgit sahaja.
Jika anda pernah terjumpa dengan mana-mana statement pelaburan yang menjanjikan anda pulangan sehingga 50%-100%, bolehlah cari platform lain yang lebih selamat.
Sedangkan dividen ASB pun tak sampai 50% setahun, inikan pulak pelaburan yang tidak kita ketahui asalnya.
3. Langsung tidak berisiko
Mana-mana pelaburan pun pasti akan ada risiko kerugian sekalipun ianya kecil. Disebabkan itulah kita tak akan pernah dapat 50- 100% keuntungan dalam setahun.
Sebahagian kecil profit kita akan digunakan bagi menanggung total lost pelaburan.
Anda pasti biasa dengan ungkapan "high risk, high return".
Nak dapatkan keuntungan yang besar, kita juga perlu bersedia menghadapi risiko yang besar.
Di mana logiknya bila pelaburan tersebut menjanjikan untung yang besar tetapi tidak berisiko sama sekali ?
Kebanyakan daripada kita tewas disebabkan untung yang besar & tiada risiko.
Satu-satunya pelaburan yang langsung tidak berisiko adalah bersedekah dan berinfaq.
4. Tidak mempunyai ahli pemegang amanah
Untuk bermain dengan duit, setiap syarikat perlu mempunyai senarai ahli pemegang amanah mereka.
Melalui cara ini, setiap perjalanan keluar masuk duit akan dapat dikawal dengan baik.
Pengarah atau presiden syarikat juga tidak akan dapat menggunakan duit pelaburan atas urusan peribadi.
Nak withdraw duit pun pengarah perlu mengemukakan alasan yang munasabah kepada ahli pemegang amanah atau trustee.
Sebab itulah pentingnya pemegang amanah ini untuk mengekalkan integriti & kredibiliti sesebuah syarikat / pelaburan.
5. Jangka masa pelaburan yang singkat
Ingat ! Setiap yang namanya pelaburan tidak akan mengambil jangka masa yang pendek untuk mendapatkan keuntungan.
Dah nama pun pelaburan, tentu akan ambil masa yang panjang. Tiada pelaburan yang boleh berjaya memberikan pulangan yang lumayan hanya dalam tempoh seminggu mahupun sebulan.
Nasihat saya kepada rakan-rakan semua, carilah ilmu yang betul agar dapat menapis platform pelaburan & peleburan duit yang berlambak di luar sana.
Melabur merupakan satu sikap yang bagus diterapkan, namun begitu perlu diingat bahawa jika tersilap langkah, anda yang terima padah.
Oleh itu, saya sarankan anda mulalah melabur dalam unit Amanah atau Trust, ASB, pelaburan emas & dinar.
Untuk pelaburan emas, setakat ini saya hanya menjumpai dua (2) platform pelaburan yang diyakini & patuh syariah dalam pasaran Malaysia.
Iaitu, pelaburan emas Public Gold & Hello Gold.
Untuk penerangan bagi kedua-dua sistem pelaburan emas, inshaAllah saya tulis selepas ini.
Sekian :)
Sumber: SinarHarian.com
P/s : Sebelum mula melabur, pastikan anda dapatkan mentor & ilmu yang betul agar tidak tersalah jalan di kemudian hari.
Jangan lupa follow FB page kami untuk mendapatkan input yang lagi banyak.



Ulasan
Catat Ulasan