Recurring Income: Rahsia Bina Pendapatan Berulang Tanpa Cari Customer Baru Setiap Bulan

 Kenapa Ramai Orang Penat Cari Duit, Tapi Masih Bermula Dari KOSONG Setiap Bulan?


Pernah tak kau rasa macam ni?

Baru je capai target bulan ni... Masuk bulan depan, kena mula semula dari kosong.

Cari customer baru... Cari sale baru... Cari prospek baru... Ulang benda yang sama setiap bulan.

Kalau kau berhenti sehari, income berhenti.. Kalau kau cuti seminggu, income pun cuti seminggu.. Kalau kau sakit sebulan, income mungkin jadi sifar.


Inilah realiti kebanyakan orang yang bergantung kepada pendapatan aktif.

Mereka bekerja keras... Tetapi sistem yang mereka gunakan tidak bekerja untuk mereka.


1. Apa Itu Recurring Income?

Secara mudah, recurring income ialah pendapatan yang boleh berulang daripada pelanggan yang sama.

Maksudnya, kau tak perlu mencari pelanggan baru setiap kali nak dapatkan pendapatan.

Pelanggan yang sedia ada terus menggunakan servis atau produk tersebut, dan kau terus menerima komisen atau bayaran mengikut sistem yang ditetapkan.

Contoh paling mudah:

  • - Netflix
  • - Spotify
  • - Canva Pro
  • - Adobe Creative Cloud


Syarikat-syarikat besar ini sangat suka model subscription kerana mereka boleh menjangka pendapatan setiap bulan dengan lebih stabil.

Sebab itulah ramai usahawan digital mula mencari model bisnes yang mempunyai elemen recurring income.


2. MASALAH Dengan Pendapatan One-Off

Bayangkan kau menjual satu produk RM100...

Hari ini berjaya jual 10 unit.. Dapat RM1,000, obviously... Nampak bagus.

Tapi bulan depan? Kau perlu cari semula 10 pelanggan baru.

Dan bulan selepas itu? Cari lagi... Dan lagi.

Dan lagi.

Tiada masalah dengan model ini... Tetapi ia perlukan banyak usaha berterusan untuk memastikan income sentiasa masuk.

Sebab itu ramai orang berasa penat walaupun jualan mereka sebenarnya bagus.. Mereka sentiasa berada dalam keadaan "berlari".


3. Kenapa Ramai Orang Kaya Suka Sistem?

Orang biasa fokus kepada jualan.. Orang yang berfikir secara jangka panjang fokus kepada sistem.

Sistem yang baik mampu menghasilkan pendapatan berulang walaupun kau tidak sentiasa berada di hadapan pelanggan.

Sebab itulah banyak syarikat besar beralih kepada model langganan atau subscription.. Mereka mahu pelanggan kekal menggunakan servis mereka untuk tempoh yang lama.


Bila pelanggan kekal, pendapatan menjadi lebih stabil.. Sebab tu ramai mula cari model recurring income berbanding jualan one-off.

Nanti aku tunjuk satu contoh yang sesuai untuk beginner..


4. Tiga Jenis Recurring Income Yang Perlu Kau Tahu


1. Active Recurring Income

Kau masih perlu terlibat secara aktif... Contohnya:

- Kelas bulanan

- Coaching bulanan

- Membership komuniti

Pendapatan berulang, tetapi masih memerlukan masa dan tenaga.


2. Semi-Passive Recurring Income

Kau setup sekali dan pantau dari semasa ke semasa.. Contohnya:

- Affiliate subscription

- Membership digital

- Software affiliate

Pendapatan boleh berulang walaupun pelanggan yang sama.


3. Digital Asset Recurring Income

Ini antara model yang ramai orang sedang bina sekarang... Contohnya:

- Blog

- YouTube

- Email list

- Affiliate content

Kau bina aset digital sekali, kemudian aset itu bekerja untuk menarik trafik dan pelanggan secara berterusan.


5. Kenapa Aku Minat Model Recurring Income?

Sebab lebih masuk akal untuk jangka panjang.

Aku tak kata ia mudah.. Aku juga tak kata kau boleh kaya dalam seminggu.

Tetapi sekurang-kurangnya setiap usaha yang kau buat hari ini masih boleh memberi hasil pada masa akan datang.

- Satu artikel yang ditulis hari ini boleh dibaca berbulan-bulan.

- Satu video yang dimuat naik hari ini boleh ditonton beribu kali.

- Satu pelanggan yang menggunakan servis tertentu boleh terus menjana komisen berulang mengikut sistem yang ada.


Bagi aku, itu lebih menarik berbanding perlu bermula dari sifar setiap bulan.


6. Satu Contoh Model Recurring Income Yang Beginner Boleh Pertimbangkan


Antara model yang aku suka ialah affiliate telco.

Kenapa?

- Sebab hampir semua orang menggunakan talian telefon.

- Pelanggan memang perlu reload atau melanggan pelan internet untuk kegunaan harian.

1. Bayangkan kau ada 20 customer.. Setiap customer guna line RM30... Bulan pertama komisen RM600.

2. Bulan kedua kau berjaya tambah lagi 10 customer.. So, total kau dah ada 30 customer yang guna line RM30.. Komisen bulan kedua RM900..

3. Bulan ketiga customer lama yang 30 orang tadi masih guna.. Tapi kau tak jumpa customer baru, so apa jadi? Komisen bulan ketiga maintain RM900 tanpa cari customer baru!! Itu baru kira line RM30.. Mungkin ada yang guna line RM50, line RM80 & RM100..

Congak-congak 4 angka sebulan tanpa cari customer baru!

Bila sistem affiliate menawarkan komisen berulang berdasarkan penggunaan pelanggan, ia mempunyai elemen recurring income yang menarik untuk diterokai.

Bukan semua program affiliate ada ciri-ciri ini... Sebab itu penting untuk memahami model bisnes sebelum menyertai mana-mana peluang..

Kau rasa affiliate telco ni berbaloi tak untuk kau cuba?


7. Formula Yang Aku Pegang

CONTENT → TRUST → SYSTEM → RECURRING INCOME

Ramai orang terus nak jual. Tapi aku lebih suka bina content dahulu... 

- Content membina kepercayaan.

- Kepercayaan membina sistem.

- Sistem pula membantu menghasilkan pendapatan yang lebih konsisten.

Mungkin tidak berlaku dalam sehari.. Tetapi jauh lebih baik & kukuh untuk jangka panjang..


PENUTUP

Kalau kau sedang mencari cara untuk menambah pendapatan, jangan hanya fokus kepada jumlah duit yang boleh dibuat hari ini.

Tanya diri sendiri:

"Adakah sistem ini membolehkan aku mendapat manfaat daripada usaha yang aku lakukan hari ini pada bulan depan, tahun depan, atau lebih lama lagi?"

Kadang-kadang perbezaan antara orang yang sentiasa penat mencari duit dan orang yang berjaya membina pendapatan stabil bukan terletak pada siapa yang bekerja lebih kuat.

Tetapi siapa yang membina sistem yang lebih baik.

Kalau kau nak faham kenapa aku rekemen sangat kau start dengan model recurring income dalam affiliate telco, kau boleh baca dalam artikel terbaru aku kat sini..

Artikel kenapa aku rekemen affiliate telco>>>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 Jenis Prospek & Tips Tulis Copywriting Tepat (Cold, Warm, Hot)

RECURRING Pasif Income: Cara Bina Pendapatan Yang Masuk Setiap Bulan Tanpa Perlu Bermula Dari Kosong

5 Aset Digital Bantu Kau Jana PENDAPATAN BERULANG Tanpa Ganggu Kerja Hakiki!